14. Main Tikam - Permainan individu ini amat popular di kalangan kanak-kanak lelaki.
- Kanak-kanak duduk bersila atau bersimpuh semasa melakukan permainan ini.
- Alatan tikam dilambung ke udara. Setiap pemain mestilah mahir mengawal alatan tikam agar ianya jatuh terpacak di atas permukaan tanah yang gembur.
- Jika alatan tikam jatuh tanpa terpacak, maka pemain ini dianggap mati.
- Setiap pemain melakukan permainan ini mengikut tahap yang telah ditetapkan.
- Pemain yang berjaya menamatkan kesemua tahap permainan dianggap memenangi permainan ini.
|
No comments:
Post a Comment